Friday, February 19, 2010

Religions of the World!

Semalam aku dengan hazwan pergi Button Bundle dekat town Ipoh. Selak-selak baju aku ternampak sehelai Black T-Shirt yang macam menunjukkan maksud sesebuah agama. Benar atau tidak maksud tersebut terpulang kepada anda. Jangan sampai terlalu taksub sehingga boleh merosakkan akidah seseorang apa yang tertulis di T-Shirt tersebut. Cheerrrsssss :)

Khabar Angin result STPM 25 Februari 2010????

Benarkah result STPM 25 februari 2010???
Kenapalah awal sangat result STPM nak keluar???
Tak kisah lah result nak keluar bila bcoz nanti tetap akan keluar
Kepada calon-calon STPM 2009 semoga bersedia menghadapinya
Good luck & Success!!!

Sunday, February 14, 2010

Hari Valentine Hari "Kelazatan Kemaksiatan"


Tanggal 14 Februari merupakan tarikh sinonim yang ditunggu-tunggu bagi pasangan-pasangan yang sedang hangat dilamun chenta,yang lebih tepat dikenali sebagai "Hari Valentine/Kekasih". Bila sedang dilamun chenta lebih-lebih lagi ketika di usia remaja pasti isu seks tidak akan terlepas. Lelaki dan perempuan yang sedang berdua-duaan pasti akan hadir pihak ketiga iaitu syaitan nirrajim. Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, wajib diingatkan bahawa budaya menyambut Hari Valentine adalah budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akhlak seseorang umat Islam. Hal ini kerana budaya menyambut Hari Valentine yang diperkenalkan oleh orang barat cuba merosakkan budaya dan peradaban umat Islam. Mereka cuba berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk budaya dan peradaban yang bercanggah dengan hukum syarak.Konklusinya,hindari lah daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine.
Valentine's Day BeautiFOOL!!!