Saturday, November 26, 2011

Sebuah Jasad Di Gelar Perempuan

'Perempuan', sekuat mana lelaki itu akan tunduk juga pada perempuan. Sama seperti aku. Perempuan itu buat aku sungguh selesa bila aku bersamanya. Perempuan itu buat aku bahagia bila berbicara dengannya. Perempuan itu buat aku sengsara bila sehari tak bertegur sapa dengannya. Perempuan itu juga buat aku semangat untuk menjalani kehidupan seharian aku sebagai seorang lelaki. Tapi, dia bukan milik ku dan tak mungkin aku akan dapat bersamanya. Mungkin sudah tiba masanya aku mengundur diri dari semua ini. Karut dusta jika aku meneruskannya lagi. Aku tak nak bertepuk sebelah tangan. Aku tak nak hati aku disia-siakan. Aku tak nak dunia aku goyang sebab dia dan aku tak nak bersedih disebabkan sebuah jasad yang di gelar PEREMPUAN!

Wednesday, November 16, 2011

Puma Faas 500

Susahnya aku nak cari kasut Puma Faas 500 Product ID: 185160-04 colour Blue aster - Dazzling blue - White - Puma silver - High risk red dekat Malaysia ni. Aku call Puma Store satu Malaysia semua tak ada stock. WTF! Bila aku ada duit barang tak ada. Bila duit tak ada barang ada. Selalu jadi macam tu :(

I really want Puma Faas 500! :(


Tuesday, November 15, 2011

Dari Motor tukar ke Kereta :)

Semenjak aku masuk belajar dekat Uitm Perlis sebagai pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi hidup aku menumpang orang sahaja. Mana orang pergi semua aku ikut. Mana taknya, dah tak ada transport kan. Tak kan nak menapak kan. Aku dah lah jenis orang yang tak suka ikut bontot orang. Tapi dah nasib badan. Follow je lah. Hmmm

Minggu lepas waktu aku keluar lunch dengan parent aku dekat Megoplex Ipoh, aku ada nyatakan hasrat aku nak transport. Yelah, 3 semester hidup tanpa transport. Non-resident(NR) pulak tu. Memang susah lah hidup aku kan? kan? kan?. Nak tak nak kena minta transport lah.

Perbualan:

Aku: Mak, angah rasa angah perlukan transport lah mak. Susah lah bila NR ni. Asyik tumpang orang je. Kalau angah nak motor boleh tak?

Emak: Yeke? Angah nak motor macam mana?

Aku: Kalau boleh angah nak Vespa. Macam Vespa abang jiran kita tu

Emak: Kalau mak belikan kereta angah nak tak?

Aku: Kalau kereta pun boleh. Angah terima je (Padahal dalam hati YESSSSS!!!)

Emak: Tanya ayah dulu, kalau ayah setuju mak ok je. Macam mana ayah? Boleh ke bagi angah kereta? Ayah mampu tak?

Ayah: Hmmm, boleh kot. Tapi bukan esok lusa lah beli. Nak kena cari yang sesuai. Take time ok.

Emak: Ayah ok. Mak pun ok lah. Nanti kita bincang lain. Boleh?

Aku: Ok mak! :)

Lega aku bila parent aku cakap nak belikan kereta. Lepas ini, tak payah aku nak ikut bontot orang dah. Aku dah boleh bergerak sendiri. No tumpang-tumpang after this. Tapi aku kena ingat, kereta tu bukan untuk pergi joli tapi pergi ke kelas dan tempat yang sepatutnya. Apa pun, thanks mom and dad :)

Vrooommmmmm, Vroooommmmmm


Comeback!

Hai blogger-blogger sekalian. Sudah sekian lama aku tak menulis blog. Last aku post blog tahun lepas 08.08.2010 tentang 'Ramadhan Bulan yang Suci'. Dah dekat setahun lebih kan. Aku ingat dah malas nak tulis blog. Tapi, hari ini terasa nak buat comeback pulak. Habis bersawang blog aku ni. Sekarang, apa yang perlu buat ialah kemas kini kembali apa yang patut. Cukup lah setakat ini. Nanti aku post lain ok. Cheerrrssss peeps :)

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Bulan yang Suci

Pejam celik pejam celik,sedar tak sedar dah nak berpuasa.Nampak sangat masa cepat berlalu tanpa disedari.Aku sendiri tak ready nak berpuasa lagi bcoz rasa baru lagi puasa last year..haiiissshhhh.Tapi sebagai umat Islam nak tak nak kena juga menunaikan kewajipan kita terhadap rukun Islam ke-3 iaitu BERPUASA.Kepada umat Islam di seluruh dunia harap anda semua dapat berpuasa PENUH pada tahun ini.Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini,saya menyeru anda semua dan diri saya sendiri supaya dapat mendekatkan diri kepada ALLAH.Amin~

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, April 8, 2010

New Hair

Fuck my new hair!

Wednesday, April 7, 2010

Temu Duga???OMG!:O

Selalunya aku paling susah bangun pagi,tidur mati la katakan.Tapi pagi tadi aku bangun pukul 4 pagi.Bangun jer pagi tadi kat handset aku ada banyak msg tapi satu msg ni yang menarik perhatian aku."Sila layari http://istudent.uitm.edu.my/intake", aku pun apa lagi pergi ON9 lah nak check kan dan aku dapat temu duga diploma pengajian sukan(SR113) di UITM Shah Alam pada 11/04/10.Aku pun tak sangka boleh dapat temu duga ni.Alhamdulillah memang rezeki aku.Tapi nak temu duga ni yang malas ni,banyak benda nak kena pikir haiiisshhhhhh.Harap-harap lulus temu duga ni dan dapat sambung pelajaran di UITM.Wish me luck ok!:)