Sunday, February 14, 2010

Hari Valentine Hari "Kelazatan Kemaksiatan"


Tanggal 14 Februari merupakan tarikh sinonim yang ditunggu-tunggu bagi pasangan-pasangan yang sedang hangat dilamun chenta,yang lebih tepat dikenali sebagai "Hari Valentine/Kekasih". Bila sedang dilamun chenta lebih-lebih lagi ketika di usia remaja pasti isu seks tidak akan terlepas. Lelaki dan perempuan yang sedang berdua-duaan pasti akan hadir pihak ketiga iaitu syaitan nirrajim. Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, wajib diingatkan bahawa budaya menyambut Hari Valentine adalah budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akhlak seseorang umat Islam. Hal ini kerana budaya menyambut Hari Valentine yang diperkenalkan oleh orang barat cuba merosakkan budaya dan peradaban umat Islam. Mereka cuba berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk budaya dan peradaban yang bercanggah dengan hukum syarak.Konklusinya,hindari lah daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine.
Valentine's Day BeautiFOOL!!!


1 comment: