Tuesday, November 15, 2011

Dari Motor tukar ke Kereta :)

Semenjak aku masuk belajar dekat Uitm Perlis sebagai pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi hidup aku menumpang orang sahaja. Mana orang pergi semua aku ikut. Mana taknya, dah tak ada transport kan. Tak kan nak menapak kan. Aku dah lah jenis orang yang tak suka ikut bontot orang. Tapi dah nasib badan. Follow je lah. Hmmm

Minggu lepas waktu aku keluar lunch dengan parent aku dekat Megoplex Ipoh, aku ada nyatakan hasrat aku nak transport. Yelah, 3 semester hidup tanpa transport. Non-resident(NR) pulak tu. Memang susah lah hidup aku kan? kan? kan?. Nak tak nak kena minta transport lah.

Perbualan:

Aku: Mak, angah rasa angah perlukan transport lah mak. Susah lah bila NR ni. Asyik tumpang orang je. Kalau angah nak motor boleh tak?

Emak: Yeke? Angah nak motor macam mana?

Aku: Kalau boleh angah nak Vespa. Macam Vespa abang jiran kita tu

Emak: Kalau mak belikan kereta angah nak tak?

Aku: Kalau kereta pun boleh. Angah terima je (Padahal dalam hati YESSSSS!!!)

Emak: Tanya ayah dulu, kalau ayah setuju mak ok je. Macam mana ayah? Boleh ke bagi angah kereta? Ayah mampu tak?

Ayah: Hmmm, boleh kot. Tapi bukan esok lusa lah beli. Nak kena cari yang sesuai. Take time ok.

Emak: Ayah ok. Mak pun ok lah. Nanti kita bincang lain. Boleh?

Aku: Ok mak! :)

Lega aku bila parent aku cakap nak belikan kereta. Lepas ini, tak payah aku nak ikut bontot orang dah. Aku dah boleh bergerak sendiri. No tumpang-tumpang after this. Tapi aku kena ingat, kereta tu bukan untuk pergi joli tapi pergi ke kelas dan tempat yang sepatutnya. Apa pun, thanks mom and dad :)

Vrooommmmmm, Vroooommmmmm


1 comment:

  1. bumblebee!!!!! hehehehe.. akan ku calarkannn~~~~ muahhaahhahaa!

    ReplyDelete